Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi. Penduduknya pula mencecah 262 juta orang. |