Elektroforesis ialah kaedah pemisahan dan
penulenan molekul biologi yang besar, seperti
protein dan asid deoksiribonukleik (DNA),
melalui penggunaan medan elektrik.
Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis
spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada
medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum
terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar
dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang
lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]).
Kromatografi ialah kaedah memisahkan bahan-bahan
yang membentuk campuran. Pemisahan ini
dilakukan dengan melakukan campuran dalam bahan
penjerap (lihat Penyerapan dan penjerapan).
Stark, Johannes (1874–1957), ahli fizik Jerman
yang terkenal kerana penemuannya tentang kesan
Stark. Penemuan ini, iaitu pemisahan garis
spektrum apabila atom pemancar berada dalam
medan elektrik, menjadikannya memenangi Hadiah
Nobel tahun 1919 bagi bidang fizik. Dia juga
melihat perubahan frekuensi cahaya daripada atom
yang bergerak dalam tiub discas gas. Ini adalah
pencerapan pertama kesan Doppler optik daripada
punca selain bintang (lihat Kerelatifan [Teori
kerelatifan umum]).
Zeeman, Pieter (1865–1943) ialah ahli fizik
Belanda yang terkenal kerana penemuannya
dalam spektroskopi. Pada tahun 1896, dia menemui
kesan Zeeman, iaitu pemisahan garis spektrum
oleh medan magnet.
Muhammad, Elijah (1897–1975) merupakan
pemimpin gerakan Black Muslims di Amerika
Syarikat, iaitu organisasi kulit hitam yang
menggabungkan kepercayaan agama dan bantahan
sosial yang kuat. Dia menggalakkan pemisahan
orang kulit hitam daripada orang kulit putih dan
pembentukan sebuah negeri atau wilayah kulit
hitam.
De Klerk, F.W. (1936– ) ialah Presiden Afrika
Selatan dari tahun 1989 hingga tahun 1994. Dalam
tempoh memegang jawatan sebagai presiden, dia
memainkan peranan penting dalam penghapusan
dasar pemisahan etnik Afrika Selatan yang lebih
dikenali sebagai aparteid.
Thanks for clicking. That felt good.