Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mo.de.nan] | ڤمودنن

Definisi : perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mo.de.nan] | ڤمودنن

Definisi : perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHIDR HUSAYN, MUHAMMAD AL-

Khidr Husayn, Muhammad al- (1290–1377

H/1873–1957 M), sarjana, ahli fiqah, dan tokoh

pemodenan Tunisia.

UMUM 
MAHARAJA ABU BAKAR

MAHARAJA ABU BAKAR (1833–1995), sultan dan pelopor pemodenan Johor. Baginda diputerakan pada 3 Februari 1833. Baginda adalah putera Temenggung Seri Maharaja Johor Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek. Apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, jawatan temenggung disandang oleh puteranya, Abu Bakar. Abu Bakar yang pada mulanya memakai gelaran Temenggung, kemudian memakai gelaran Maharaja, pada tahun 1868.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENULIS AGAMA

PENULIS AGAMA, golongan penulis yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah.  Ketika di Timur Tengah, mereka melihat pergerakan pemodenan Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad Abduh di Mesir.  Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka berusaha untuk memajukan orang Melayu dan ingin membentuk pandangan baru terhadap Islam.

SASTERAKarya
HULUN HAJI

HULUN HAJI, hamba diraja atau hamba peribadi kepunyaan raja. Perkataan hulun haji ada tercatat pada prasasti Telaga Batu (686 M.) di Palembang. Rekod ini mengandungi bukti awal konsep perhambaan dalam Dunia Melayu. Konsep ini penting kepada masyarakat sebelum proses pemodenan di rantau ini. Konsep ini menggambarkan pembahagian masyarakat kepada golongan ‘tuan’ yang dihormati dan golongan orang ramai yang menjadi ‘pesuruh’ mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 

Kembali ke atas