KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA | KEGIATAN BAHASA DI SINGAPURA, kegiatan sambutan Bulan Bahasa yang mula diadakan pada bulan Ogos 1982. Kegiatan ini dianjurkan oleh Majlis Pusat Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (Majlis Pusat) dengan kerjasama Angkatan Pelukis Aneka Daya, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50), Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura dan Dewan Perniagaan Melayu Singapura. | BAHASA | Kegiatan |
SUMPAH PEMUDA | SUMPAH PEMUDA, ikrar pergerakan pemuda Indonesia pada masa pergerakan nasional pada 28 Oktober 1928 di Jakarta. Pemuda Indonesia adalah tunggak penting dalam sejarah pertumbuhan bangsa dan negara Indonesia. Ketika dibuat sumpah ini hanya disebut sebagai ‘putusan kongres pemuda pemudi Indonesia’. Istilah Sumpah Pemuda hanya muncul dalam perkembangan kebangsaan Indonesia selanjutnya. Keputusan ini dipersetujui pada penutupan Kongres Pemuda II yang diadakan pada 27-28 Oktober 1928 di Jakarta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KONGRES BAHASA DI SINGAPURA | KONGRES BAHASA DI SINGAPURA, kongres yang telah diadakan pada 12 April 1952 anjuran Angkatan Sasterawan ’50 dengan kerjasama Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, Lembaga Bahasa Melayu, Persatuan Pemuda Pemudi Melayu Singapura dan Trengkas Melayu Institut. Sebanyak 21 badan penulis dan bahasa di seluruh Tanah Melayu menghadiri persidangan ini di Dewan Khas Hotel Sea View, Singapura. | BAHASA | Bahasa |