PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR | | UMUM | |
PEMULIHARAAN | | UMUM | |
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM | Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. | UMUM | |
AUDUBON SOCIETY, NATIONAL | Audubon Society, National di Amerika Syarikat adalah salah satu pertubuhan pemuliharaan negara yang tertua dan terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1905 dan dinamakan sempena nama pelukis burung dan ahli alamiah Amerika John James Audubon. | UMUM | |
MUIR, JOHN | Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli alamiah, dan penulis, berkempen bagi pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk meluluskan rang draf undang-undang Taman Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000 hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun 1908 sebagai menghargai jasanya. | UMUM | |
SOLERI, PAOLO | Soleri, Paolo (1919– ), arkitek dan perancang bandar kelahiran Itali. Dia terkenal dengan teori pemuliharaan alam sekitar. Soleri yakin bahawa untuk memulihara sumber alam, bandar haruslah dibina di atas paras tegak. | UMUM | |
JIMMY LIM | Jimmy Lim (1944– ), arkitek dan pengasas Badan Warisan Malaysia. Beliau menitikberatkan gabungan reka bentuk seni bina tropika dengan pemuliharaan alam sekitar. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
ADAMS, ANSEL | Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar Amerika yang terkenal kerana gambar yang dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat. Dia mengambil gambar landskap yang luas yang termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai. Minatnya untuk memelihara alam semula jadi mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan pemuliharaan alam sekitar. | UMUM | |
ANUGERAH TOKOH SASTERA WARISAN | Anugerah Tokoh Sastera Warisan, anugerah yang diberikan bagi menghargai sumbangan tokoh yang terlibat dalam perkembangan dan pemuliharaan khazanah sastera warisan Melayu. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
RUPERT, ANTON | Rupert, Anton (1916- ), ahli perniagaan dan ahli pemuliharaan Afrika Selatan yang membina Rembrandt Group di peringkat multinasional. | UMUM | Umum |