Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ma.an] | ڤناماءن

Definisi : perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ma.an] | ڤناماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penamaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 
SURAH AL-FALAQ

Surah al-Falaq ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-113 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Falaq (waktu subuh),

sepertimana ungkapan kata orang Arab; “ia lebih

terang dari falaq subuh.” Permohonan

perlindungan dari Tuhan, pencipta waktu subuh di

awal surah ini menjadikannya sebab penamaan

surah ini dengan al-Falaq.

UMUM 
NAMA

Nama. Setiap orang mempunyai nama.

Sesetengah orang mempunyai banyak nama.

Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai

sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang

diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah

nama keturunan yang diturunkan kepada semua

ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama

keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah

negara nama ini diletakkan selepas nama yang

diberi. Nama yang diberi atau nama pertama

membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang

diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah

seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap

memberi nama kepada anak-anak mereka dengan

makna tertentu. Kerap kali mereka tidak

menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi

nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan.

Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai

untuk disesuaikan dengan penggunaan moden.

UMUM 

Kembali ke atas