ARANG | Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya, arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna); dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan bakar; dan sebagai alat melukis. | UMUM | |
GAS KAYU | Gas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GAS GAMBUT | Gas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GAS BUATAN | Gas boleh bakar hasil daripada tindak balas kimia atau uraian terma bahan api pepejal atau cecair. Kebanyakan gas buatan dihasilkan melalui proses pengkarbonan atau penggasan pepejal bahan api seperti kayu dan batu arang. Contoh-contoh gas buatan ialah gas petroleum cecair, gas penapis, gas kayu, dan gas gambut....Rujuk Ensiklopedia Sains Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
LILLE | Lille (pend. 168 424; pend. kaw. met. 936 295) ialah bandar perindustrian di utara Perancis (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini ialah pusat bagi pengeluaran tekstil. Industri lain termasuk pengeluaran kereta, alat elektronik dan petrokimia. Lille juga mempunyai banyak kilang percetakan yang besar, kilang penapis gula dan petroleum, dan kilang pencelup. Muzium seninya mempunyai lukisan yang dihasilkan oleh Rubens, Goya, Van Dyck, dan yang lain. | UMUM | |
NAJIB MAHFUZ | Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934. Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959. Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar al-Ahram. | UMUM | |
MOMBASA | Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika (lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan hampir keseluruhan urusan perkapalan antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, dan timur Zaire yang terletak di pedalaman. Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak, lapangan terbang antarabangsa, dan banyak bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan yang besar dan mempunyai banyak hotel. | UMUM | |