PENARA | | UMUM | |
DARTMOOR | Dartmoor ialah penara batuan di Devon, di barat daya England. Daerah ini meliputi kawasan kira-kira 906 kilometer persegi. Dartmoor mempunyai banyak puncak granit yang dikenali sebagai tor. Tor yang tertinggi ialah High Willyas, yang setinggi 621 meter. Daerah Dartmoor merupakan sebuah Taman Negara. | UMUM | |
DATARAN NULLARBOR | Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur kering yang terletak di Australia Barat dan barat daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan yang tidak mempunyai sungai di permukaannya. Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254 milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur. | UMUM | |
DATARAN TINGGI BARKLY | Dataran Tinggi Barkly ialah penara yang luas di Wilayah Utara dan Queensland, Australia. Dataran ini terletak selari dengan pantai selatan Teluk Carpentaria, kira-kira dari Daly Waters hingga Mount Isa. Ia terletak lebih daripada 300 meter berhampiran sempadan di antara Wilayah Utara dengan Queensland. Kawasan ini merupakan kawasan ragut terbaik di Wilayah Utara. | UMUM | |
PAINTED DESERT | Painted Desert ialah kawasan penara yang berwarna-warni yang merentangi kira-kira 320 kilometer di sepanjang Sungai Little Colorado di bahagian tengah-utara Arizona, Amerika Syarikat. | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
TELUK PLENTY | Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai tengah utara Pulau Selatan di New Zealand. Daratan yang bersempadan dengan teluk ini membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di penara. Bandar utamanya ialah Tauranga. | UMUM | |
TASIK CONSTANCE | Tasik Constance, dalam bahasa Jerman dikenali sebagai Bodensee, terletak di hujung bahagian timur penara Switzerland di sempadan Jerman , Switzerland dan Austria. Tasik tersebut meliputi kawasan seluas 539 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira 72 kilometer dan lebarnya kira-kira 16 kilometer. | UMUM | |
MERV | Merv ialah sebuah oasis di Asia Tengah. Keluasannya ialah 5000 kilometer persegi. Ia terletak di penara gurun di Turkmenistan (lihat Turkmenistan [peta]). | UMUM | |
SUNGAI MARNE | Sungai Marne ialah cabang yang paling besar bagi Sungai Seine di Perancis. Sungai Marne bermula di Penara Langres di timur Perancis dan mengalir ke arah utara dan barat sepanjang 500 kilometer melalui tanah pertanian yang subur. Sungai Marne mengalir ke Sungai Seine di tenggara Paris, lihat Perancis (peta muka bumi). Baj besar boleh menyusuri sungai ini. Sungai Marne dihubungkan ke timur oleh sebuah terusan dari Nancy ke Strasbourg di Sungai Rhine. | UMUM | |