PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pawang Ana berasal dari Perak. Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara. Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu. Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak. Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.
Thanks for clicking. That felt good.