PENCELUP | | UMUM | |
KAYU BRAZIL | Kayu Brazil ialah nama biasa bagi beberapa pokok kayu pencelup di Brazil. Pernambuco, yang juga dikenali sebagai kayu Bahia, ialah sejenis kayu Brazil yang boleh tumbuh melebihi 30 meter tinggi. | UMUM | |
MADDER | Madder ialah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di Eropah dan Asia untuk digunakan dalam membuat pencelup atau pewarna. | UMUM | |
PERKIN, SIR WILLIAM HENRY | Perkin, Sir William Henry (1838–1907) ialah ahli kimia British yang mengasaskan industri pencelup anilina. | UMUM | |
KLOROFORM | Kloroform ialah sejenis cecair pekat tanpa warna yang digunakan sebagai pelarut dalam menghasilkan farmaseutikal, pencelup, dan racun serangga. Kloroform juga digunakan sebagai bahan awal untuk menghasilkan fluorokarbon (lihat Fluorokarbon). | UMUM | |
LILLE | Lille (pend. 168 424; pend. kaw. met. 936 295) ialah bandar perindustrian di utara Perancis (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini ialah pusat bagi pengeluaran tekstil. Industri lain termasuk pengeluaran kereta, alat elektronik dan petrokimia. Lille juga mempunyai banyak kilang percetakan yang besar, kilang penapis gula dan petroleum, dan kilang pencelup. Muzium seninya mempunyai lukisan yang dihasilkan oleh Rubens, Goya, Van Dyck, dan yang lain. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
AMINA | Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. | UMUM | |
PIGMEN | Pigmen ialah sejenis bahan berwarna dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan mencampurkannya dengan bahan itu atau menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang larut dalam cecair dan memberikan kesan warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah mengecat berbeza daripada satu sama lain pada bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua jenis. | UMUM | |