| PENCEROBOHAN | | UMUM | |
| PERANG KOREA | Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan. Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila tentera komunis Korea Utara menyerang Korea Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu suatu pencabulan terhadap keamanan antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak komunis meneruskan peperangan, PBB meminta negara-negara anggotanya supaya memberi bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan. | UMUM | |
| CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN | Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| TECUMSEH | Tecumseh (1768?–1813) ialah pemimpin suku Orang Asli Amerika bahagian timur, yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan yang akan mempertahankan tanah Orang Asli Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih. Tecumseh bermakna tembakan bintang atau meteor. | UMUM | |
| ORANG KOSSAK | Orang Kossak merupakan askar yang asalnya petani yang menetap terutamanya di kawasan Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk membantu menentang pencerobohan kaum Tartar. Poland dan Rusia memberikan banyak keistimewaan kepada orang Kossak sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak membentuk komuniti pemerintahan mereka sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi. Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud orang yang merdeka . | UMUM | |