Smythe, Francis Sydney (1900–1949) ialah pendaki gunung, pengarang, dan jurufoto British yang terkenal. Pada tahun 1927 dan tahun 1928, dia membuka beberapa laluan baru di Brenvan Face di Mont Blanc. Pada tahun 1930, dia mengambil bahagian dalam percubaan mendaki Kanchenjunga. Pada tahun 1931, dia memimpin dengan jayanya cubaan mendaki Gunung Kamet. Dia turut serta dalam ekpedisi Gunung Everest pada tahun 1933, 1936, dan tahun 1938 dan menemui jalan terus ke puncak sebelah barat North Col. Smythe lahir di Ivythorne, berhampiran Maidstone, di Kent. |