YUSUF AL-QARADAWI | Ulama yang produktif, pendakwah Islamiyyah dan penyair. | AGAMA | Tokoh |
ABU ZAKI FADZIL | ABU ZAKI FADZIL (1926- ), penulis dan pendakwah. Dia lahir pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Nama sebenarnya ialah Abu Bakar bin Haji Muhammad Fadzil. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna. | SASTERA | Konsep |
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990), | Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. | UMUM | |
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL- | Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– / 1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama. Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab, Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al- Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa Urdu seperti majalah al-Ta‘mir. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-WAHHAB | Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab (1115 H.– 1206 H./1703 M.–1792 M.), syeikh pendakwah Islam dan tokoh tajdid zaman moden. Dia lahir di kampung al-‘Uyaynah di Najd, Arab Saudi dan belajar al-Qur’an dan hadith daripada bapanya. Kemudian Muhammad mengembara mencari ilmu hingga sampai ke Iraq, Madinah dan Makkah. Dia mendalami ilmu syariah dan menemui para fuqaha’, berbincang dan berbahas sesama mereka. | UMUM | |
XAVIER, SAINT FRANCIS | Xavier, Saint Francis (1506–1552) ialah mubaligh fahaman Jesuit Sepanyol. Dia dikenali sebagai “Pendakwah Kawasan Hindi”. Kebanyakan usaha dakwahnya dilakukan di Asia. | UMUM | |
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI | ABDUL JALIL HASSAN, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik. Dia lahir di Kampung Serom Tujuh, Muar, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SUNAN AMPEL | SUNAN AMPEL (1401-1478), ulama dan pendakwah Indonesia. Dia lahir di Campa. Nama sebenarnya ialah Sayid Ali Rahmatullah. Dia juga dikenal sebagai Raden Rahmat. Sunan Ampel adalah salah seorang daripada ulama dan pendakwah kumpulan Walisongo yang berasal dari Jawa. Bapanya bernama Ibrahim al-Ghazi, seorang ulama besar di Samarkand, dekat Bukhara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BUNYAN, JOHN | Bunyan, John (1628–1688) ialah pendakwah Inggeris yang menulis The Pilgrim’s Progress (1678, 1684). | UMUM | |
MAWDUDIY, ABU AL-A‘LA’ AL | Mawdudiy, Abu al-A‘la’ al- (1321 H.–1399 H./ 1903 M.–1979 M.), ahli fikir dan pendakwah Islam yang terkenal di India dan juga merupakan seorang ketua jemaah Islam di India pada pertengahan abad ke-20. | UMUM | |