Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.tang] | ڤنداتڠ

Definisi : 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.tang] | ڤنداتڠ

Definisi : orang yg mendatang (tidak asli): (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendatang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHISHOLM, CAROLINEChisholm, Caroline (1808–1877), menumpukan
sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan
para pendatang ke Australia. Dia juga
menggalakkan pendatang ini meninggalkan
bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang
Australia.
UMUMUmum
PULITZER, JOSEPH

Pulitzer, Joseph (1847–1911) ialah pendatang

Hungary yang menjadi salah seorang penerbit

akhbar Amerika yang terkenal dalam sejarah. Dia

mengasaskan Hadiah Pulitzer, untuk pencapaian

dalam bidang kewartawanan, kesusasteraan,

muzik, dan kesenian.

UMUM 
DIALEK MELAYU DI SELANGORDIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu  lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia.BAHASABahasa
TAN TOCK SENG

Tan Tock Seng (1798–1850) menjadi pemimpin

komuniti Cina di Singapura. Pada tahun 1844, dia

dilantik sebagai jaksa pendamai.

Tan Tock Seng lahir di Melaka. Dia tiba di

Singapura pada tahun 1819. Dia memulakan

perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran,

buah-buahan, dan ayam. Kemudian dia membuka

kedai kecil. Perniagaannya berkembang dan dia

menggunakan kekayaannya untuk membantu

pendatang Cina yang lain. Pada tahun 1844, dia

membina hospital yang pertama di Singapura bagi

membantu orang Cina yang miskin. Hospital

tersebut, yang masih lagi menggunakan namanya,

merupakan salah sebuah hospital terbesar di

Singapura.

UMUM 
SEJARAH NEW ZEALAND

New Zealand, Sejarah . New Zealand

dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda

yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda,

Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada

tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah

pertama yang diketahui mengunjungi New

Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan

didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk

Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook

atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an,

keturunan daripada mereka ini menggunakan

nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata

maori (orang biasa), untuk membezakan mereka

daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) –

peneroka British yang menjajah negara itu pada

waktu itu. Orang Maori memanggil negara

mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih

yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah

orang Maori sebagai nama yang mula-mula

digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini.

UMUM 
BANGKAHULU

BANGKAHULU, sebuah petempatan di Sungai Itam di sebelah barat Pulau Sumatera. Wilayah Bangkahulu meliputi daerah-daerah yang awal diduduki British iaitu menganjur dari Mukomuko di utara hingga Krui di selatan. Pantai sempit yang menganjur dengan Banjaran Bukit Barisan di pedalaman didiami oleh suku terbesar seperti Lebong, Rejang, Lemba dan Pasemah serta pendatang Minangkabau dan orang Melayu Pesisir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ORANG-ORANG BLOOMINGTON

ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan.

SASTERAPenerbitan
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 

Kembali ke atas