Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.yung] | ڤندايوڠ

Definisi : 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.yung] | ڤندايوڠ

Definisi : 1 orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2 alat utk mendayung; pengayuh; dayung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendayung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLESIOSAUR

Plesiosaur ialah haiwan laut prasejarah yang

hidup kira-kira 200 juta tahun dahulu. Plesiosaur

kelihatan seperti ikan paus yang besar dan

mempunyai anggota yang menyerupai pendayung.

Lihat Haiwan prasejarah (Zaman Reptilia).

UMUM 
STYX

Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib

dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah

perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon,

seorang pendayung sampan, sering kali

diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang

telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa

mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai

suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah

tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan

menghabiskan masa selama sembilan tahun di

Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib.

Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di

kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai

Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir

terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus

masuk ke Alam Ghaib.

Lihat juga Charon; Hades; Tartarus.

UMUM 

Kembali ke atas