PENDIDIKAN JASMANI | | UMUM | |
NAISMITH, JAMES | Naismith, James (1861–1939), guru Kanada yang telah mencipta permainan bola keranjang pada tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu mencipta permainan di dalam bangunan pada musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic dan menggunakan bola sepak untuk permainan pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia menjadi guru pendidikan jasmani di International YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai Springfield College), Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. | UMUM | |
TADIKA | Tadika ialah kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang biasanya berumur antara empat hingga enam tahun. Kanak-kanak tadika menghabiskan waktu beberapa jam sehari dengan guru yang menolongnya belajar melalui bermain dan aktiviti lain seperti lukisan, muzik, seni bahasa, pendidikan jasmani dan sains. Friedrich Fröbell seorang pendidik berbangsa Jerman mencipta perkataan tadika pada pertengahan tahun 1800-an. Nama itu berasal daripada dua perkataan Jerman yang bererti taman kanak-kanak . | UMUM | |