Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
LAPORAN RAZAK

LAPORAN RAZAK, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 tentang pendidikan. Laporan ini dihasilkan pada bulan April 1956 oleh satu Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Antara tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan termasuklah untuk meneliti semula dasar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tentang pendidikan pelajaran dan mencadangkan beberapa perubahan yang sesuai dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
TAMAN

Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang

tanah yang disediakan kepada orang awam untuk

bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi

atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh

pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula

jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara

kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta.

UMUM 
MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, TAN SRIMOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, Tan Sri (1926-    ), Ketua Turus Angkatan Tentera yang keenam (1977-1981). Dia lahir pada 19 Januari 1926 di Kampung Pinang Baik, Selayang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga Darjah Lima dan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Persekolahannya terganggu akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, dia bekerja di Jabatan Pelajaran Jepun dan ditugaskan sebagai Penjaga Kutub Khanah Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dengan Jepun, dia memasuki Marai Koa Kun Rengho di Melaka selama enam bulan. Apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung semula persekolahannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambridge.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TEUKU ISKANDAR

TEUKU ISKANDAR (1924 -       ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947).

SASTERATokoh
KITAB PENGETAHUAN BAHASA

KITAB PENGETAHUAN BAHASA, buku yang telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1859 dengan tujuan mencuba menerapkan tradisi kerangka tatabahasa bahasa Arab ke dalam kaedah bahasa Melayu. Penulisan buku ini bermula pada tahun 1858 di Pulau Penyengat, Riau dan telah dicetak semula dalam tulisan Arab-Melayu pada tahun 1929 oleh Matbaah al-Ahmadiah di Singapura. Buku setebal 566 halaman (Ensiklopedia Umum,  1973: 1107) dan 466 halaman (Hamidy, 1948: 45) dan berukuran 14.5 cm x 21 cm ini telah ditransliterasikan oleh Raja Hamzah Yunus, dan diterbitkan oleh Depaetemen Pendidikan dan Kebudayaan, Pekan baru pada tahun 1986/7.

BAHASABahasa

Kembali ke atas