Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.do.rong] | ڤندوروڠ

Definisi : 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.do.rong] | ڤندوروڠ

Definisi : 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendorong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERBUK LETUPAN

Serbuk letupan ialah bahan ledakan yang

terbakar dengan cepat untuk membentuk gas

bertekanan tinggi. Pengembangan gas ini di dalam

laras senapang boleh memecutkan sebutir peluru

pada kelajuan yang amat tinggi. Oleh itu, serbuk

letupan digunakan sebagai bahan pendorong

( propelan ) dalam pelbagai jenis peluru. Serbuk

letupan juga digunakan dalam bahan ledakan yang

dicipta untuk operasi letupan, bunga api, dan juga

fius.

UMUM 
SALTPETRE

Saltpetre, juga dinamakan niter , ialah mineral

yang dikenali oleh ahli kimia sebagai kalium nitrat

(KNO3). Ia wujud dalam gua batu kapur. Industri

menggunakan saltpetre untuk membuat mancis,

serbuk bedil, bahan letupan dan baja. Ahli kimia

menggunakannya sebagai reagen dalam kimia

analitikal. Saltpetre juga digunakan sebagai

pengoksida dalam bahan pendorong bahan api

roket.

UMUM 
BAKRI SIREGAR

BAKRI SIREGAR (1922 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 – 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 – 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 – 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977.

SASTERATokoh
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN

KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama.

BAHASABahasa

Kembali ke atas