Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.du.kung] | ڤندوکوڠ

Definisi : 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendukung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QADARIYYAH, AL-

Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri

mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”.

Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”,

“al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”.

Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri

mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”.

Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”,

“al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran

ini berpendirian bahawa manusia mempunyai

kemampuan yang terbatas untuk memilih

perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah

Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah

menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan

untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk

dijauhinya)”.

(Surah al-Balad 90:10 )

UMUM 
KOFFKA, KURT

Koffka, Kurt (1886–1941) ialah pendukung

awal psikologi Gestalt (lihat Psikologi Gestalt).

UMUM 
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA

GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala  golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUHAMMADIYAH

MUHAMMADIYAH,  organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar.  Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 
GAPIM

GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas