Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. |