OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT | Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan apabila seseorang menembak cakera tanah liat yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak cakera tanah liat menggunakan senapang patah yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira 500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang dinamakan perangkap melemparkan cakera ke udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer sejam. | UMUM | |
ANJING SPANIEL AIR AMERIKA | Anjing spaniel air Amerika ialah sejenis anjing buruan yang berasal dari Amerika Syarikat. Anjing ini menggempur burung (memaksanya keluar dari tempat persembunyian) supaya penembak boleh menembak burung itu. Kemudian anjing ini akan membawa bangkai burung tersebut kepada tuannya. | UMUM | |
BUFFALO BILL | Buffalo Bill (1846–1917) atau nama sebenarnya William Frederick Cody, ialah pengawal sempadan dan penembak yang terkenal di barat Amerika. Cody kemudian menjadi penghibur terkenal. | UMUM | |