SEABORG, GLENN THEODORE | Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia kerana penemuan unsur plutonium (Pu), amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya menyumbang kepada penemuan einstenium (Es), mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta secara artifisial. | UMUM | |
EKSPLORASI PETROLEUM | Kegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ADAM, JOHN C. | Adam, John C. lihat Neptun (Penemuan). | UMUM | |
TEKNOLOGI | Teknologi merujuk kepada semua cara manusia menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat, mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik, dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan pemprosesan data juga bergantung pada teknologi, terutamanya elektronik. | UMUM | |
STERKFONTEIN CAVES | Sterkfontein Caves di Afrika Selatan ialah tapak beberapa penemuan arkeologi yang terpenting di dunia. Gua batu kapur ini terletak lebih kurang 15 kilometer ke barat laut Krugersdorp, bandar di barat Johannesburg. Ia terletak dalam Kawasan Simpanan Isaac Edwin Stegman. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |
KELUARGA LEAKEY | Keluarga Leakey terdiri daripada tiga orang ahli antropologi terkenal yang membuat penemuan penting di bahagian timur Afrika, berkenaan asal usul manusia. Mereka ialah Louis Leakey, isterinya Mary Leakey, dan anak mereka Richard Leakey. | UMUM | |
MEITNER, LISE | Meitner, Lise (1878–1968), ahli fizik kelahiran Austria yang memegang peranan penting dalam penemuan pembelahan nukleus (pembelahan nukleus atom). Dari tahun 1934 hingga tahun 1938, Meitner dan ahli kimia Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann menyelidik tindak balas yang terjadi apabila nuetron menghentam nukleus uranium. Pada bulan Disember 1938, Otto Hahn dan Fritz Strassmann mendapati bahawa hentaman seperti itu menghasilkan nukleus barium, sejenis unsur kimia yang lebih ringan daripada uranium. | UMUM | |
ARCHIMEDES | Archimedes (287?–212 S.M.), ahli matematik dan pereka Yunani, yang telah membuat beberapa penemuan asas sains. Sesetengah ahli sejarah menamakannya bapa sains eksperimental kerana dia menguji ideanya melalui eksperimen. Pada zamannya, Archimedes paling terkenal kerana banyak ciptaannya. Tetapi dia menganggap mencipta sebagai satu permainan. Dia menganggap matematik sebagai kerjanya yang sebenar. | UMUM | |
HERTZ, HEINRICH RUDOLF | Ahli fizik berbangsa Jerman keturunan Yahudi. Ahli sains yang merintis jalan kepada perkembangan radio, televisyen dan radar dengan penemuan gelombang elektromagnet sekali gus membuktikan teori gelombang elektromgnet Maxwell. | FIZIK | Tokoh |