Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.ba.ngan] | ڤنربڠن

Definisi : 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.ba.ngan] | ڤنربڠن

Definisi : 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penerbangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENERBANGAN SUPERSONIK UMUM 
PENERBANGAN UMUM 
SYARIKAT PENERBANGAN

Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi

yang mengendalikan pesawat udara yang membawa

penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket

penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau

kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik

syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia.

UMUM 
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah

sistem penerbangan Malaysia yang memulakan

operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia

dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL)

yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean

Steamship Company of Liverpool, The Straits

Steamship Company of Singapore dan Imperial

Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura

dan Pulau Pinang.

UMUM 
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA

agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa.

KEJURUTERAANInstitusi/Organisasi
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIAKonsep sistem penerbangan Malaysia.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
KOR PENERBANGAN AUSTRALIA

Kor Penerbangan Australia (Australia Flying

Corps) ialah angkatan udara pertama Australia di

Australia.

UMUM 
ALCOCK DAN BROWN

Alcock dan Brown ialah perintis penerbangan

British yang membuat penerbangan pertama

merentasi Lautan Atlantik tanpa henti. Sir John

William Alcock (1892–1919), ialah juruterbangnya

dan Sir Arthur Whitten Brown (1886–1948) sebagai

jurumudi.

UMUM 
TAYLOR, G.A.

Taylor, G.A. (1872–1928) ialah juruterbang dan

juruteknik perintis Australia yang dianggap oleh

ramai ahli sejarah sebagai orang yang melakukan

penerbangan pertama di Australia. Dia membuat

penerbangan tersebut pada tahun 1909 di

Narrabeen, Sydney, dengan sebuah pesawat udara

peluncur yang dibinanya. Pada awal tahun 1900-an,

dia cuba mencari-cari prinsip-prinsip

penerbangan, dan pada tahun 1908, dia mula

membina serangkaian layang-layang kotak. Pada

tahun berikutnya, dia menubuhkan Aerial League

dan dari sinilah gerakan kelab penerbangan

Australia berkembang. Pada tahun 1910 dan tahun

1911, Taylor berjaya memancarkan mesej radio

dari sebuah kereta api yang bergerak ke kereta api

lain. George Augustine Taylor lahir di Sydney.

UMUM 
PERUBATAN AEROANGKASA

Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains

perubatan yang berkaitan dengan kesan

penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia

meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak

kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa ,

penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains

dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi

kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan,

mereka yang menaiki kapal terbang.

UMUM 
1234

Kembali ke atas