PENERBIT ABBAS BANDUNG | PENERBIT ABBAS BANDUNG, penerbit buku sastera dan buku-buku lain di Melaka. Penerbit Abbas Bandung merupakan salah satu institusi penerbit bumiputera yang pertama dan tunggal di Melaka selepas kemerdekaan. Buku-buku sastera yang diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung mendapat pasaran yang amat meluas sehingga Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerbit Abbas Bandung telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan dan bahasa Melayu. Antara pengarang Indonesia yang mendapat tempat di Penerbit Abbas Bandung ialah Hamka, Achdiat K. Mihardja dan Pramoedya Ananta Toer. | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT SINAR HARAPAN | PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih. Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik. Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS. Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630. Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo. | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT GUNUNG AGUNG | PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman. Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240. Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990) | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |
PENERBIT DJAMBATAN | PENERBIT DJAMBATAN, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Djambatan didirikan pada 19 Februari 1954 oleh beberapa orang, antaranya K. Sutan Pamoentjak, Djamaludin, Adinegoro, Dr. Med. Ahmad Ramali dari pihak Indonesia dan H.M. van Randwijk, C. de Koning sebagai wakil dari pihak Belanda. | SASTERA | Penerbitan |
PT DUNIA PUSTAKA JAYA | PT DUNIA PUSTAKA JAYA, penerbit buku Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan oleh Yayasan Jaya Raya pada 27 April 1971 dengan pinjaman modal sebanyak Rp20 juta. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
MURDOCH, RUPERT | Murdoch, Rupert (1931– ), penerbit kelahiran Australia yang memiliki banyak syarikat akhbar dan majalah di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Penerbitannya berbagai-bagai, daripada The Times di London, iaitu akhbar harian British yang amat berpengaruh, hinggalah kepada New York Post, iaitu akhbar mingguan yang sensasi di Amerika Syarikat. Dia juga memiliki sepenuhnya atau sebahagian daripadanya studio filem dan beberapa stesen televisyen dan syarikat penerbitan buku. Dia juga terkenal kerana berjaya memulihkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan sehingga berjaya mendapat keuntungan. | UMUM | |
SHAW, RUNME | Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem China yang mengetuai Shaw Brothers Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di Asia Tenggara. | UMUM | |
ZIEGFELD, FLORENZ | Ziegfeld, Florenz (1869–1932) ialah penerbit teater Amerika. Dia menjadi terkenal kerana siri persembahan muzik yang dikenali sebagai Ziegfeld Follies. Ia dipersembahkan oleh Ziegfeld setiap tahun, iaitu dari tahun 1907 hingga tahun 1927. | UMUM | |
NORTHCLIFFE, VISCOUNT | Northcliffe, Viscount (1865–1922), penulis dan penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916. Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland. Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun 1905. | UMUM | |