Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ner.jun] | ڤنرجون

Definisi : 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ner.jun] | ڤنرجون

Definisi : orang yg terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjun (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, melompat ke bawah, turun, menghambur ke bawah;,
Kata Terbitan : berterjunan, menerjuni, terjunan, penerjunan, penerjun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 

Kembali ke atas