TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GAS | Nilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
ANALISIS RANGKAIAN PAIP SISTEM PENGAGIHAN | Rangkaian paip yang bersepadu dan berfungsi mengagihkan gas dari sumber bekalan kepada pengguna. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PEMPROSESAN GAS | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
BEBAN PUNCAK GAS | Paras permintaan gas tertinggi bagi suatu sistem pengagihan gas. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
ATLANTA | Atlanta (pend. 394 017; pend. kaw. met. 2 833 511) ialah ibu negeri dan bandar raya yang terbesar di Georgia Selatan, Amerika Syarikat. Ia merupakan pusat pengagihan, pembuatan, dan pengangkutan di tenggara Amerika Syarikat. | UMUM | |
DENVER | Denver (pend. 467 610; pend. kaw. met. 1 622 980) ialah ibu negeri Colorado yang terletak di Pergunungan Rocky di Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengagihan, pembuatan, dan pengangkutan bagi bahagian Amerika Syarikat yang dikenali sebagai wilayah Pergunungan Rocky. | UMUM | |
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI) | Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan elektronik yang menghasilkan semula bunyi dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti tinggi direka bentuk untuk mengekalkan ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini sering juga digelar sebagai sistem bunyi stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini, sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan semula dari arahnya yang betul. | UMUM | |
PRRI | PRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH | Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland secara aman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak di Belfast. | UMUM | |