MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, DATO' | MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, Dato’ (1840-1904), ahli Bahasa Melayu, pendidik dan pentadbir. Dia lahir pada 2 Mei 1840 di Melaka. Dia ialah anak Abdullah Munsyi. Bapanya kemudian berhijrah ke Singapura. Ibrahim Munsyi mendapat pendidikan agama dan Inggeris. Kerjanya yang terawal ialah sebagai guru di Sekolah Melayu Teluk Belanga, di samping menjadi pengajar bahasa Melayu kepada pegawai British di Singapura. Mereka menggelarnya ’munsyi’ yang bererti pengajar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, universiti kebangsaan pertama dalam sejarah pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Universiti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seramai 190 orang pelajar telah diambil memulakan pengajian tahun pertama dengan 73 orang tenaga pengajar. Dr. Rashdan Baba dari Kolej Pertanian Serdang (Malaya) telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JOSE RIZAL | JOSE RIZAL, (1861- 1896), nasionalis Filipina. Dia lahir pada 19 Jun 1861 di Kalamba, Laguna, Filipina. Dia ialah anak Francisco Mercado dan Teadora Alonza. Dia mendapat pendidikan awal daripada seorang pengajar persendirian di Binyang dan kemudian dihantar ke Manila untuk mengikuti pendidikan selanjutnya. Dia mendaftar diri di Afeneo Municipal untuk mempelajari puisi, matematik, retorika, lukisan dan seni ukir yang dijalankan oleh golongan Jesuit. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
J.E. TATENGKENG | J.E. TATENGKENG (1907-1968), penyair Indonesia. Dia lahir pada 19 Oktober 1907 di Kolongan, Sangiha (Sangir), Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jan Engelbert Tatengkeng. J.E. Tatengkeng mendapat pendidikan di Hollandsche Inlandsche School (HIS) Manganitu, Christalijk Middagkwakschool Bandung dan Christalijik HKS Solo. Dia pernah menjadi guru bahasa Indonesia, Guru Besar Schakelschool Ulu-Siau, Guru Besar HIS Tahuna dan pengajar di Fakultas Sastra, Universitas Hasanuddin, Makasar. | SASTERA | Tokoh |
DARMANTO JT. | DARMANTO JT. (1942- ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 16 Ogos 1942 di Jakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Darmanto Jetnam (Jatman). Dia melanjutkan pelajaran di Fakultas Psikologi, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Darmanto ke Hawaii pada tahun 1972 dan ke London pada tahun 1977 untuk memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia pernah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Rupa Indonesia, Yogyakarta. Sekarang Darmanto bertugas sebagai pensyarah di Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Diponegoro, Semarang. | SASTERA | Tokoh |
JAKOB SUMARDJO | JAKOB SUMARDJO (1939 - ), pengkritik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 26 Ogos 1939 di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Setelah lulus sekolah menengah atas, dia melanjutkan pengajian di Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma, Yogyakarta dalam bidang Sejarah hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1962. kemudian, dia meneruskan pengajian di IKIP Bandung dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam bidang yang sama pada tahun 1970. Jakob pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Atas St. Angala di Bandung selama beberapa tahun dan sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI), Bandung. | SASTERA | Tokoh |
FIRDAUS ABDULLAH | FIRDAUS ABDULLAH (1944 - ), penulis. Dia lahir pada 3 Jun 1944 di Kuang, Selangor. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat. Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan ‘Malaysian Civics’ kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensayarah di Universiti Malaya. | SASTERA | Tokoh |