ABJAD PENGAJARAN AWAL | Abjad pengajaran awal (i.t.a.) ialah sistem
penulisan yang direka bentuk bagi memudahkan
orang ramai belajar membaca bahasa Inggeris.
| UMUM | Umum |
MATEMATIK BARU | Matematik baru ialah satu program pengajaran matematik yang kini digunakan di kebanyakan negara. | UMUM | |
PSIKOLOGI PENDIDIKAN | Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi yang menggunakan pengetahuan dan kaedah psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat manusia untuk mencapai matlamat pendidikan. Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru perlu membantu pelajar untuk belajar. | UMUM | |
SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
THORNDIKE, EDWARD LEE | Thorndike, Edward Lee (1874–1949) ialah ahli psikologi pendidikan Amerika yang memberikan sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran, pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah. Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan cepat. | UMUM | |
KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL | KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL, suatu genre dalam kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu karya yang bersifat ilmu atau fatwa. Karya sastera ini mengandungi pengajaran, pemahaman, kepercayaan bersama amalan yang berkenaan; misalnya `ilmu bintang', 'ilmu penujuman', 'ilmu perubatan' dan lain-lain. Teks tersebut ditulis dengan bahasa yang baik, kadangkala dalam bentuk puisi, diselitkan dengan contoh dan cerita yang menarik, hingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera tradisional, sama seperti sastera kitab dan sastera undang-undang. | SASTERA | Konsep |
TEISME | Teisme ialah kepercayaan kepada dewa atau dewi. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani, theos , bermakna dewa. Teisme memainkan peranan penting dalam kebanyakan agama, namun berlainan agama mengandungi pengajaran yang berbeza tentang tuhan. Penganut agama Yunani dan Rom purba bersifat politeisme iaitu, mereka menyembah lebih daripada satu tuhan. Kini, penganut kebanyakan agama utama bersifat monoteistik . Mereka menerima hanya satu tuhan. Perkataan teisme digunakan terutamanya untuk membicarakan agama yang mempercayai satu tuhan. Agama tersebut termasuk Islam, Kristian, Yahudi, dan beberapa bentuk Hinduisme. | UMUM | |
EJAAN SOEWANDI | EJAAN SOEWANDI, sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.
| BAHASA | Bahasa |
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA | EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.
| BAHASA | Bahasa |
DONGENG AESOP | Dongeng Aesop ialah kumpulan cerita yang ditulis oleh seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup kira-kira pada tahun 600 SM. Seperti dongeng lain, setiap kisah ringkas dalam kumpulan itu mempunyai pengajaran dan nasihat. | UMUM | |