Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengajiannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM 
SULASTIN SUTRISNO

SULASTIN SUTRISNO (1924 – 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia.  Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950.  Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta.  Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda.  Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979.  Disertasinya yang berjudul Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983.  Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun.

SASTERATokoh
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (1937 -       ), Presiden Parti Melayu Semangat 46. dia lahir pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan. Dia adalah anak kepada Tengku Mohammed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan. Datuknya adalah putera kepada Sultan Muhammad III. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast, United Kingdom. Dia pernah menerima Ijazah Bachelor of Commerce pada tahun 1959. Kemudian dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Undang-undang di Lincoln’s Inn, London. Pengajiannya tidak tamat kerana dia terpaksa kembali ke tanah air mengambil alih urusan perniagaan keluarganya, berikutan kematian ayahnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAYBANIY, MUHAMMAD IBN AL-HASAN AL-

Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al-

(131–189 H. / 748–804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al-

Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al-

Qur’an dan mempunyai gaya bacaan yang amat

menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya

dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan

Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf

selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut

mendengar syarahan ilmu daripada para imam

besar seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam al-

Awza’iy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al-

Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah.

Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada

jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar

sentiasa bersama-samanya di istana dan dia

menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan

amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak

mengarang kitab yang menjadi rujukan

pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya

seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami al-Saghir,

al-Jami al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir.

Di samping itu, dia  menulis kitab al-Athar dan

al-Radd ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia

di sebuah kampung di Rayy.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
MUHAMMAD NAJIB

Muhammad Najib (1319 H.–1405 H. /1901 M.–

1984 M.) ialah pegawai kerajaan Mesir yang menjadi

presiden dan perdana menteri Mesir yang pertama.

Dia lahir di Khartoum dan menuntut di Kolej

Ghourdoun yang bersejarah di Khartoum. Kemudian

dia melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera di

Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya di

sana. Muhammad Najib dilantik sebagai pegawai

dalam tentera Mesir. Dia berkhidmat dalam pasukan

tentera sukarela semasa Perang Dunia II. Dia juga

dilantik sebagai naib gabenor di Sina dan

pemerintah pasukan tentera sempadan di daerah

Laut Merah.

UMUM 
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANAKapsyen          :           Sutan Takdir Alisjahbana

 

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah.

BAHASATokoh
BUNSEN, ROBERT WILHELM EBERHARD

Bunsen, Robert Wilhelm Eberhard (1811–1899), ahli kimia Jerman. Bunsen dilahirkan pada 31 Mac 1811 di Göttingen. Beliau melanjutkan pengajiannya di University of Göttingen dan berjaya menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik ketika berumur 19 tahun.

KIMIATokoh
SHARQAWIY, ‘ABDULLAH AL-

Sharqawiy, ‘Abdullah al- (1150–1227 H./1737–

1812 M.), ahli fiqh dan usul mazhab Syafi‘i daripada

kalangan ulama al-Azhar. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah ibn Hijaziy ibn Ibrahim yang lebih

terkenal dengan nama al-Sharqawiy. Dia berasal

dari kampung al-Tawilah di bahagian timur Mesir.

Semasa kecil dia menghafaz al-Qur’an dan

seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dan

mencapai kejayaan dalam bidang pengajiannya.

Dia menuntut ilmu daripada al-Ajhuriy, al-

Damanhuriy dan ‘Ali ibn al-‘Arabiy. Tahap

kecemerlangan ilmunya amat tinggi sehingga dia

diberi peluang mengajar di Universiti al-Azhar dan

seterusnya dilantik sebagai Sheikh

al-Azhar pada tahun 1208 H.

UMUM 
ANBARIY, ABU AL-BARAKAT AL-

Anbariy, Abu al-Barakat al- (513 H.– 577 H./1119

M.–1181 M.), alim yang masyhur dalam bidang

bahasa dan nahu. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-

Rahman ibn Abu al-Wafa’ al-Anbariy. Dia diberi

gelaran Kamal al-Din, Al-Anbariy lahir di al-Anbar,

Iraq daripada keluarga berilmu dan bertaqwa. Dia

meriwayatkan hadith daripada bapanya dan bapa

saudara sebelah ibunya. Al-Anbariy memulakan

pengajiannya di al-Anbar, kemudian dia berpindah ke

Baghdad ketika masih kecil dan tinggal di sana

sehingga akhir hayatnya.

UMUM 
123456

Kembali ke atas