Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.kap] | ڤڠاکڤ

Definisi : 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.kap] | ڤڠاکڤ

Definisi : 1 pasukan peronda; peninjau. 2 anggota pertubuhan pandu lelaki (pertubuhan yg ditubuhkan utk membentuk watak, tatatertib dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakap


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAKAP UMUM 
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN

Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan

ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan

kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan

kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran

baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang

untuk membantu orang lain dan mempelajari

pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl

Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United

Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan

Pandu Puteri (The Guide Association).

UMUM 
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
MAFIKENG

Mafikeng (pend. 6500) ialah bandar yang

penting dari segi sejarah dan terletak di provinsi

barat laut Afrika Selatan. Bandar ini dahulunya

dikenali sebagai Mafeking. Ia menjadi terkenal di

seluruh Empayar British semasa Perang Anglo-

Boer kerana dikepung oleh tentera Boer dari bulan

Oktober 1899 hingga bulan Mei 1900. Tentera

British di kawasan petempatan yang dikepung

adalah di bawah pemerintahan Robert Baden-

Powell yang kemudiannya mengasaskan gerakan

pengakap.

UMUM 

Kembali ke atas