Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngang.gu.ran] | ڤڠڠݢورن

Definisi : perihal (keadaan) meng­anggur, keadaan (ramai) orang tidak mem­punyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pem­bangunan negara; ~ bermusim peng­angguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksana­kan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngang.gu.ran] | ڤڠڠݢورن

Definisi : keadaan atau hal tidak bekerja: Dgn bertambahnya bilangan penduduk, masalah ~ pun timbul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengangguran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGANGGURAN UMUM 
PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial bermaksud sebarang

perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat.

Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam

kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan

perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan

kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen,

dan perubahan sementara dalam perkembangan

idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai

perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru

juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau

bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang

dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk

kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan

tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan

sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat

jenis perubahan sosial.

UMUM 
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 

Kembali ke atas