MANICHAEISME | Manichaeisme ialah sistem agama dan falsafah berdasarkan ajaran penganjur Babylon bernama Mani yang hidup pada tahun 200-an M. | UMUM | |
ANDREW, SAINT | Andrew, Saint ialah hawari pertama daripada 12 orang penganjur Jesus Christ. Dia ialah adik-beradik lelaki hawari Peter. Andrew ialah seorang nelayan dari Bethsaida, sebuah kampung di pantai utara Laut Galilee. | UMUM | Umum |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi. | UMUM | |
MORT, THOMAS SUTCLIFFE | Mort, Thomas Sutcliffe (1816–1878) ialah salah seorang ahli perniagaan perintis Australia. Dia memulakan sistem lelong awam bagi bulu kambing biri-biri di Australia, memulakan industri tenusu di tanah pusakanya, dan salah seorang penganjur landasan kereta api yang pertama di New South Wales. | UMUM | |
PERADUAN MENGARANG CERPEN | PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen. | SASTERA | Konsep |
PERADUAN MENGARANG NOVEL | PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden. | SASTERA | Konsep |
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU | SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah. Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia. Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya. Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu. | BAHASA | Kegiatan |