THORVALDSEN, BERTEL | Thorvaldsen, Bertel (1770–1844) ialah pengarca Denmark. Namanya juga dieja sebagai Thorwaldsen. Semasa hayatnya kebanyakan orang menganggapnya sebagai pengarca terbaik di Eropah. Thorvaldsen mengetuai gerakan neoclassical , yang menjadikan tradisi klasik tamadun purba Mediterranean terutamanya Yunani sebagai asas gaya dan tema mereka. | UMUM | |
PYGMALION | Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci terhadap kezaliman wanita pada zamannya, Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion, dewi Aphrodite menukar patung tersebut menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos. | UMUM | |
MOORE, HENRY | Moore, Henry (1898–1986), pengarca Inggeris. Karyanya menyerupai objek kayu atau batu yang dibentuk oleh kejadian alam semula jadi. Kebanyakannya direka cipta untuk tahan kekal di persekitaran luar. | UMUM | |
ROSZAK, THEODORE | Roszak, Theodore (1907–1981) ialah pengarca Amerika. Roszak lebih terkenal dengan karya kimpalan logam yang kelihatan ganas dan penuh perasaan. | UMUM | |
NEVELSON, LOUISE | Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan perasaan senyap dan keunggulan. | UMUM | |
DONATELLO | Donatello (kira-kira 1386–1466) ialah pengarca Itali yang agung. Dia merupakan pakar dalam semua teknik dan bahan seni arca, dan seolah-olah dapat menangani sebarang subjek dalam gaya yang menarik. | UMUM | |
PHIDIAS | Phidias (490? S.M.–420? S.M.) ialah pengarca yang terkemuka di Yunani Purba. Keindahan seninya menjadi punca gaya Klasik Tinggi arca yang terdapat pada Zaman Keemasan Athens pada sekitar tahun 400 S.M. | UMUM | |
BORGLUM, GUTZON | Borglum, Gutzon (1867–1941) ialah pengarca Amerika yang terkenal kerana mencipta Mount Rushmore National Memorial di Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Ciptaannya itu terdiri daripada potret-potret besar empat presiden Amerika, iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt, dan Abraham Lincoln, yang dipahat di gunung. | UMUM | |
BERNINI, GIAN LORENZO | Bernini, Gian Lorenzo (1598-1680) ialah pengarca dan arkitek Itali. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |