DALING-DALING | DALING-DALING, tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PERBUATAN MENGHALAU HANTU | Perbuatan menghalau hantu ialah perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan- syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah. Malah ia juga boleh menguasai seorang individu dengan mengambil alih badan seseorang secara sementara. | UMUM | |
AUGUSTINE, SAINT | Augustine, Saint (354–430) merupakan salah seorang pemimpin awal gereja Kristian yang terulung. Hasil tulisannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada pemikiran agama Kristian pada Zaman Pertengahan. Idea Augustine juga diambil oleh John Calvin, Martin Luther dan reformis Protestan lain dalam ucapan-ucapan mereka. Dia mempengaruhi ahli falsafah seperti Immanuel Kant dan Blaise Pascal. | UMUM | |