Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.tu.ran] | ڤڠاتورن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaturan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABUNG AMANAH

Tabung amanah ialah wang atau harta yang

diurus oleh seseorang atau kumpulan bagi faedah

orang lain atau kumpulan lain. Istilah lain untuk

tabung amanah termasuk korpus , prinsipal, dan

harta pesaka amanah . Pengaturan di bawah

pengurusan tabung amanah dikenali sebagai

amanah .

UMUM 
RUMAH GADANG

RUMAH GADANG, rumah tradisional yang dimiliki bersama sebagai rumah pesaka oleh keluarga matrilineal di daerah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.  Rumah ini menjadi pusat pengaturan segala yang bersangkutan dengan kehidupan para kerabat matrilineal, dan juga melambangkan semangat demokrasi kerana di sinilah tempat rakyat bermusyawarah dan melaksanakan acara adat serta acara keagamaan.

BUDAYABangunan/Kota
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 

Kembali ke atas