Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.wa.lan] | ڤڠاولن

Definisi : perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.wa.lan] | ڤڠاولن

Definisi : perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWALAN JAUH

Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem

dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set

televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu

atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa

meter atau sampai beribu-ribu kilometer.

UMUM 
ELEKTRONIK

Elektronik ialah satu cabang ilmu fizik dan

kejuruteraan yang melibatkan pengawalan aliran

cas elektrik dalam sesuatu peranti untuk kegunaan

tertentu.

UMUM 
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki

sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan

pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan

hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas

semua sumber minyak dan gas Malaysia,

mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak

penubuhannya, PETRONAS telah

mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha

eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan

kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan,

pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran

petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di

peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai

kepentingan perniagaan di lebih daripada 30

buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002,

kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak

syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik

sebahagian dan 45 syarikat usaha sama.

UMUM 
DIET REMAJA

Diet remaja ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan remaja.

PEMAKANANKaedah
DIET BAYI

Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi.

PEMAKANANKaedah
KESELAMATAN PENGENDALIAN MAKANAN

Keselamatan pengendalian makanan ialah proses pengawalan dan penjagaan kebersihan makanan pada peringkat penyediaan, penyimpanan, menghidangkan makanan dan semasa makan.

PEMAKANANKaedah
DIET KUMPULAN DEWASA

Diet kumpulan dewasa ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan dewasa.

PEMAKANANKaedah
DIET IBU HAMIL

Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung.

PEMAKANANKaedah
AKTA KAWALAN HARGA 1946

Akta Kawalan Harga 1946, akta yang membenarkan pengawalan harga bagi semua jenis barang oleh pihak berkuasa. Akta ini telah digubal pada tahun 1946 dan disemak pada tahun 1973.

UNDANG-UNDANGAkta
DIET KUMPULAN LANJUT USIA

Diet kumpulan lanjut usia ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan tua atau lanjut usia.

PEMAKANANKaedah
12

Kembali ke atas