PASAR GELAP | Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran barangan atau mata wang yang mencabuli had maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang membeli atau menjual barangan catuan atau mata wang terkawal melalui saluran yang menyalahi undang-undang atau lebih daripada had maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga dalam pasaran gelap. | UMUM | |
PERNIAGAAN TANI | Perniagaan tani ialah kumpulan industri yang terlibat dalam pengeluaran, pengangkutan, pemprosesan, pengedaran, dan penjualan hasil ladang. Ia juga melibatkan perniagaan yang membekalkan petani dengan barangan dan perkhidmatan seperti jentera, benih, baja, bahan kimia pertanian, kredit, dan maklumat pengurusan. | UMUM | |
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN | Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia. Matlamatnya termasuk meningkatkan paras pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160 negara menganggotai pertubuhan ini. | UMUM | |
OKLAHOMA CITY | Oklahoma City (pend. 444 719; pend. kaw. met. 958 839) ialah ibu negeri dan bandar terbesar Oklahoma. Bandar ini merupakan salah satu pusat pengeluaran minyak yang utama di Amerika Syarikat. Bandar ini juga pusat perdagangan dan pembuatan Oklahoma, dan menjadi pusat pengedaran bagi kawasan perladangan yang luas. | UMUM | |
ADELAIDE | Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide, permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, dan kebudayaan yang paling penting di Australia Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan utama serta pusat pemungutan dan pengedaran barang pembuatan di Australia Selatan. | UMUM | |
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 | Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, undang-undang yang bertujuan mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan dan pengedaran penerbitan, pengimportan serta hal-hal yang berkaitan. | UNDANG-UNDANG | Akta |
TANJUNG PINANG | TANJUNG PINANG, kota pelabuhan yang terletak di bahagian selatan Bintan, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Ia merupakan daerah terdapat di Riau dengan jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Kebanyakan mereka adalah pelaut Melayu dan segelintir penduduk Cina dan India. Kota ini telah dirasmikan menjadi ibu kota kabupaten. Kepulauan Riau semenjak tahun 1958. Selain menjadi pusat pentadbiran kerajaan, ia terus juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang-barang untuk daerah Riau-Lingga seperti masa dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
RUNDINGAN STRATEGI MENGEHADKAN | Rundingan Strategi Mengehadkan Senjata (Strategic Arms Limitation Talks (SALT)) ialah satu siri mesyuarat antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat, yang berlangsung antara tahun 1969 hingga tahun 1979. Kedua-dua buah negara bertemu untuk cuba mengehadkan pengeluaran dan pengedaran senjata nuklear. | UMUM | Umum |