PENGELASAN SAINTIFIK | | UMUM | |
PENGELASAN PERPULUHAN DEWEY | | UMUM | |
PENGELASAN LIBRARY OF CONGRESS | | UMUM | |
ORDER | Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus, dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih rapat daripada anggota sesuatu kelas. Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan terlalu rapat sebagaimana anggota famili. Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual). | UMUM | |
TAKSONOMI | Taksonomi lihat Pengelasan saintifik. | UMUM | |
SPESIES | Spesies lihat Pengelasan saintifik. | UMUM | |
ABERCROMBY, RALPH | Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden, dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di Kepulauan Britain (British). | UMUM | |
ORNITOLOGI | Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. | UMUM | |
PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
POLYANTHUS | Polyanthus ialah nama beberapa bunga primrose kacukan. Kacukan ini dimulakan di United Kingdom dan Eropah iaitu antara primrose dengan cowslip . Polyanthus ditanam dengan meluas di taman. Ia berbunga pada awal musim bunga. Pengelasan saintifik. Polyanthus tergolong dalam famili Primulaceae. Ia termasuk dalam golongan Primula polyantha . | UMUM | |