Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengertian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI DAN KESENIAN/p>

Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang

luas, seni ialah kemahiran membuat atau

melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan

bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan

seni menganyam bakul, menala piano, malah

menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat

banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang

khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi

manusia.

UMUM 
KESUSASTERAAN

Kesusasteraan dalam pengertian kata yang

luas bermaksud apa-apa sahaja bentuk susunan

kata yang bermakna. Istilah bagi susunan seperti

ini dinamakan teks. Mengikut fahaman ini,

kesusasteraan termasuk buku komik, cerita rakyat,

buku panduan pelancong dan juga novel, drama

dan puisi. Dalam pengertian yang lebih sempit,

mungkin terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan.

Kita mungkin memperkatakan kesusasteraan

yang ditulis dalam bahasa yang tertentu seperti

kesusasteraan Perancis atau kesusasteraan dari

sesebuah negara seperti kesusasteraan Amerika.

Kita juga sering memperkatakan kesusasteraan

dari sesuatu zaman, seperti kesusasteraan

Zaman Renaissance. Kita juga mungkin merujuk

kepada kesusasteraan sesuatu perkara seperti

kesusasteraan perkebunan atau kesusasteraan

saintifik.

UMUM 
TAMADUN PURBA

Tamadun Purba adalah satu istilah yang

membawa pengertian tamadun-tamadun yang

berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini

digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan

yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari

tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun

476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang

berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang

Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi.

UMUM 
ESTETIKA

Estetika ialah kajian tentang teori yang

diterapkan pada seni dengan pengertian yang

luas dan yang asas.

UMUM 
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN

Australia, Sistem perundangan. Sistem

perundangan Australia sebahagian besarnya

berdasarkan sistem perundangan England. Banyak

undang-undang Australia kini berasal daripada

undang-undang Inggeris yang dibawa oleh

peneroka awal. Tetapi, Australia adalah

persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian

sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem

perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap

negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya

sendiri dan mempunyai undang-undang yang

hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping

itu, Australia mempunyai sistem mahkamah

persekutuan dan undang-undang persekutuan

yang dilaksanakan di seluruh negara.

UMUM 
PASIFISME

Pasifisme ialah suatu kepercayaan yang menolak

kekerasan. Kebanyakan pencinta kedamaian

menentang sama ada peperangan tertentu ataupun

semua jenis peperangan. Tetapi dari segi

pengertian yang sebenar, pasifisme bermaksud

penentangan kekerasan dan dikenali sebagai

nonresistance.

UMUM 
TAMU

Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan

kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu

berasal daripada perkataan ‘tamu’ yang didasari

daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk

kepada pertemuan atau perjumpaan antara

seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar

barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah

tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan

menjalankan aktiviti berjualan.

UMUM 
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
123

Kembali ke atas