NURUDDIN AR-RANIRI | Nuruddin ar-Raniri (?–1658) ialah ulama, penulis, mujaddid, dan Syeikh Tarekat Rifa’iyah di India . Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas pengetahuannya. Ilmu agama yang dikuasainya ialah fikah, hadith, akidah, dan tasawuf. Dia juga pakar dalam bidang falsafah, sejarah, dan perbandingan agama. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
NAMIER, SIR LEWIS | Namier, Sir Lewis (1888–1960) merupakan salah seorang ahli sejarah yang paling berpengaruh pada zamannya. Bukunya, The Structure of Politics at the Accession of George 111 (1929), menunjukkan pengetahuannya yang mendalam tentang sejarah politik British pada zaman pemerintahan George. Hasilnya yang penting tentang sejarah zaman George juga termasuklah Crossroads of Power (1982), iaitu himpunan 20 hasil ceramahnya. Hasil karyanya yang lain termasuk In the Margin of History (1939), Conflicts (1942), Avenues of History (1952), In the Nazi Era (1952), Personalities and Powers (1955), dan Vanished Supremacies (1958). Namier lahir di Rusia. Dia menuntut di Oxford University. | UMUM | |
ALFIERI, VITTORIO | Alfieri, Vittorio (1749–1803), penulis drama dan penyair Itali. Dia lahir dalam keluarga aristokratik di Asti, di daerah bahasa Perancis dituturkan oleh golongan bangsawan. Pengalaman menulis pementasan pertamanya pada tahun 1774 mengajarnya betapa kurangnya pengetahuannya tentang orang Itali | UMUM | |
ALCUIN | Alcuin (735 M.–804 M.) ialah sarjana, guru dan penulis Inggeris. Dia menuntut di sekolah biara di York, pusat pengajian di England pada masa itu. Alcuin menjadi penasihat kepada Maharaja Charlemagne pada tahun 782 M. (lihat Charlemagne ). Pengetahuannya tentang pencapaian kesarjanaan Anglo-Saxon membantu membawa pembaharuan Carolingian. Dia membuat banyak reformasi pendidikan dan merupakan ahli terkemuka akademi Charlemagne. | UMUM | |
SA‘D IBN ‘UBADAH | Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah, berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih salah seorang daripada 12 orang ketua. | UMUM | |
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI | Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun, dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau, Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya. Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah. | UMUM | |
LEFTENAN ADNAN | LEFTENAN ADNAN (1915 – 1942), perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DARMANTO JT. | DARMANTO JT. (1942- ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 16 Ogos 1942 di Jakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Darmanto Jetnam (Jatman). Dia melanjutkan pelajaran di Fakultas Psikologi, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Darmanto ke Hawaii pada tahun 1972 dan ke London pada tahun 1977 untuk memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia pernah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Rupa Indonesia, Yogyakarta. Sekarang Darmanto bertugas sebagai pensyarah di Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Diponegoro, Semarang. | SASTERA | Tokoh |
SHUTE, NEVIL | Shute, Nevil (1899–1960) ialah penulis Inggeris yang menghasilkan novel paling laris tentang pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan. Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk No Highway (1948), A Town Like Alice (1949), dan On the Beach (1953). Shute lahir di Ealing, London. Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia mendapat ijazah dari Oxford University selepas berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang. Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II, dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap di Australia. | UMUM | |