KEGANASAN | Keganasan ialah perbuatan ganas menggunakan ancaman atau ugutan bagi menimbulkan ketakutan dan kecemasan. Pengganas membunuh dan menculik, menembak, melontar bom, merampas kapal terbang, dan melakukan jenayah berat yang lain. | UMUM | |
BOM | Bom ialah senjata yang meletup. Bom digunakan terutamanya dalam peperangan. Pengganas juga menggunakannya. Bom membunuh dan mencederakan manusia dan memusnahkan bangunan, kapal terbang, kapal laut, dan sasaran lain. Kebanyakan bom terdiri daripada selongsong logam berisi bahan letupan atau bahan kimia. Sesetengah bom cukup kecil hingga boleh dibawa dengan tangan. Pengganas sering menggunakan bom demikian. Dalam peperangan, bom kecil boleh dicampakkan sebagai grenad atau dilepaskan dari meriam. Walau bagaimanapun, kebanyakan bom adalah besar dan digugurkan dari kapal terbang. | UMUM | |
BRIGGS, HAROLD ROWDAN | Briggs, Harold Rawdon (? - ?) ialah Pengarah Operasi Tentera British dalam membanteras pengganas komunis semasa zaman Darurat di Persekutuan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SENOI PRAAQ | SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH). Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli. Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli. Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan. Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan. Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956. Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS). Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen. Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |