Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganti

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHALIFAH

Khalifah ialah sistem pemerintahan dalam

Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah

sebagai pengganti nabi dalam mengutuskan hal-hal

keagamaan dan keduniaan.

UMUM 
MONOPOLI DAN PERSAINGAN

Monopoli dan persaingan ialah dua keadaan

dalam perniagaan. Dalam monopoli, sesebuah

syarikat atau satu kumpulan syarikat yang

bekerjasama mengawal bekalan sesuatu atau

perkhidmatan yang tidak mempunyai sebarang

pengganti. Dalam persaingan, sebilangan firma

yang bersaingan menjual barangan atau

perkhidmatan yang sama kepada pembeli.

UMUM 
AHERN, BERTIE

Ahern, Bertie (1951– ), ahli politik Ireland,

menggantikan Albert Reynolds sebagai ketua parti

Fianna Fáil pada bulan November 1994. Berikutan

pengunduran Reynold sebagai taoiseach (perdana

menteri) pada bulan yang sama, Ahern muncul

sebagai bakal pengganti.

UMUM 
TANDA SERU

Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan

sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan

perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia

menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa

sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang

mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang

lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya

digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan

emosi yang kuat.

UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAHSULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
PANGERAN MANGKUBUMI

PANGERAN MANGKUBUMI ( ? -? ), Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono I.  Dia adalah putera Susuhunan Amangkurat IV, Raja Mataram yang terakhir.  Pangeran Mangkubumi adalah salah seorang pembesar Jawa. Dia terkenal dalam pemerintahan di Jawa kerana terlibat dalam pemberontakan menentang penjajahan Belanda dan juga dia tidak puas hati dengan calon-calon pengganti pemerintah Jawa yang memberi kepentingan kepada pihak Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas