Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.go.lo.ngan] | ڤڠݢولوڠن

Definisi : perihal menggolongkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.go.lo.ngan] | ڤڠݢولوڠن

Definisi : perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggolongan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MORFOLOGI BAHASA MELAYU, kajian tentang struktur bentuk dan penggolongan kata bahasa Melayu. Morfologi bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan bentuk terbitan.

BAHASAKonsep
SASTERA KANAK-KANAK

SASTERA KANAK-KANAK,  bentuk sastera Melayu yang dihasilkan  bagi bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga 12 tahun.  Penggolongan ini dibahagikan pula kepada kanak-kanak yang tahu membaca, pada peringkat prasekolah (2-6 tahun) dan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah (6-12 tahun).  Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, pencapaian berbahasa yang tidak sama dan keupayaan yang tidak setara.  Justeru, kanak-kanak pada peringkat prasekolah amat berminat membaca buku sastera kanak-kanak yang banyak ilustrasi dan kurang teksnya.  Sementara kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pula gemar kepada buku sastera yang bertambah banyak teks dengan ilustrasi yang semakin berkurang.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas