| EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |
| ELOHIM | Elohim ialah perkataan Ibrani yang bermaksud dewa-dewa, atau Tuhan, bergantung pada konteks penggunaannya. | UMUM | |
| NIER, ALFRED OTTO CARL | Nier, Alfred Otto Carl (1911–1994), ahli fizik Amerika yang mendapat pengiktirafan setelah menghasilkan spektrografi jisim dan penggunaannya dalam penyelidikan nuklear. Dia mengkhusus dalam kajian isotop (atom yang mempunyai unsur yang sama dengan berat atom yang berbeza) dan penentuan jisim yang tepat. | UMUM | |
| TABES | Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan ini pernah digunakan untuk menggambarkan keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun, kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah untuk menggambarkan penyusutan badan yang disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin. Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami keadaan ini menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki, dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas. | UMUM | |
| Waktu Min Greenwich | Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
| DEMANG | DEMANG, ketua sebuah daerah; yang berasal daripada perkataan Sunda. Konteks penggunaannya agak berbeza-beza di beberapa tempat di Alam Melayu ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| MESIN TAIP | Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin taip untuk menulis dengan pantas dan kemas. Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas penggunaannya. | UMUM | |
| KATA SERU | Kata seru ialah kata yang digunakan dalam ayat sebgai unsur bebas. Dari segi nahu, ia tidak berkaitan dengan kata lain. Istilah ini, dalam bahasa Inggeris interjection, berasal daripada kata Latin yang bermakna tercampak di antara. Kata seru tidak mempunyai ciri-ciri bentuk yang boleh dikenal pasti, tetapi boleh digambarkan dalam cara penggunaannya. | UMUM | |
| MINGGU BAHASA | MINGGU BAHASA, gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan negeri ini serta menggalakkan penggunaannya. Pada 7 Januari 1958, suatu pengumuman telah disiarkan melalui Radio Malaysia (kini RTM) untuk mengadakan gerakan ‘Minggu Bahasa’ yang akan dijalankan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan diadakan minggu tersebut adalah untuk meluaskan lagi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menarik perhatian orang ramai, semua kaum dan bangsa dalam negeri ini kepada bahasa kebangsaannya dan untuk meninggikan semangat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. | BAHASA | Kegiatan |
| TETRASIKLIN | Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan. Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne. Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun 1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan banyak mikroorganisma dapat menentang kesan daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat mikroorganisma ini. | UMUM | |