ABU AL-‘ABBAS, AL-BUSAYRIY | Abu al-‘Abbas, al-Busayriy (762 H.–840 H./ 1361 M.–1437 M.), ulama hadith dan penghafal hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Abu Bakar ibn Ismail ibn Salim ibn Qaymaz ibn ‘Uthman al-Busayriy, al-Kinaniy, al-Shafi’iy, Abu al- Abbas, Shihab al-Din. | UMUM | |
TAYALISIY, ABU DAWUD AL- | Tayalisiy, Abu Dawud al- (133–204 H./750–819 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Sulayman ibn Dawud al-Tayalisiy. Dia tergolong penghafal yang terbaik. Al-Tayalisiy berasal dari Parsi dan menetap di Basrah. Dia telah merantau di banyak negara. Al-Tayalisiy telah meriwayatkan hadith daripada Jarir ibn Hazim, Hammad ibn Hazim, Hammad ibn Zayd, Hammad ibn Salamah, Syu’bah, Sufyan al-Thawriy, Hisham al-Distiwa’iy dan ramai lagi. | UMUM | |