PENGHIJRAHAN | | UMUM | |
TERN ARTIK | Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. | UMUM | |
MFECANE | Mfecane, juga dikenali sebagai Difagane, ialah satu tempoh pergolakan yang menyebabkan penghijrahan beramai-ramai di kalangan ketua suku kaum Afrika di selatan Afrika antara tahun 1819 hingga tahun 1838. Beberapa siri serbuan dan serangan yang dilakukan atas pelbagai alasan oleh kumpulan yang berlainan semasa peristiwa Mfecane telah menyebabkan kemusnahan yang teruk terhadap nyawa dan harta benda. Peristiwa ini juga menyebabkan berlakunya penyebaran semula penduduk secara besar-besaran di samping perubahan terhadap struktur sosial. | UMUM | |
MAAL HIJRAH | Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. | UMUM | |
MA'AL HIJRAH | MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SULUK | SULUK, suku kaum Sabah yang berasal dari Kepulauan Sulu. Istilah Suluk juga kadangkala dieja sebagai Sooloo atau Sulu. Orang Suluk di Sabah berasal dari pantai timur laut Mindanao, Filipina. Pada sekitar tahun 1200, berlaku penghijrahan orang Suluk ke Kepulauan Sulu melalui hubungan mereka dengan para pedagang Bajau-Sama yang berasal dari Johor. Menjelang awal abad ke-17, orang Suluk memantapkan kedudukan mereka di Sulu hingga dapat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Sulu pada abad ke-17 dan abad ke-18. Orang Suluk dipercayai tiba di negeri Sabah pada sekitar 200 tahun dahulu bersama-sama kumpulan lain dari selatan Filipina seperti orang Bajau, Iranun dan Obian. Mereka juga digelar sebagai Orang Laut kerana corak hidup mereka yang gemar belayar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SULTAN SALLEHUDDIN SYAH | SULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu. Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745). Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis. Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor. Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756. Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja. Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TIPPERARY | Tipperary ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti dalam provinsi Munster di Republik Ireland . Tipperary ialah kaunti yang terbesar antara semua kaunti di pedalaman. Kaunti ini pada umumnya berupa kaunti pertanian. Terdapat beberapa buah bandar pasar, yang terbesar ialah Clonmel. Tipperary terkenal kerana lagu Perang Dunia I “It’s a long way to Tipperary”. Penduduk dan kerajaan. Jumlah penduduk Tipperary hanya dua per lima penduduk pada tahun 1850. Terdapat sedikit pertumbuhan penduduk sepanjang tahun 1970-an, tetapi penghijrahan meningkat pada tahun 1980-an. Tiga per lima penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. | UMUM | |
MELAYU | MELAYU, nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu ataupun nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa di kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia). Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tahan Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan penutur bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu-dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok Bahasa Melayu-Polinesia | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |