Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.sap] | ڤڠهيسڤ

Definisi : 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penu­lis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.sap] | ڤڠهيسڤ

Definisi : 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas