PENGHORMATAN | | UMUM | |
SULTAN | Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa. Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun 900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan, tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai kuasa seperti raja pada zaman dahulu. | UMUM | |
ANUGERAH SENIMAN NEGARA | Anugerah Seniman Negara ialah penghargaan dan penghormatan kerajaan Malaysia kepada seseorang yang telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Antara yang diambil kira ialah sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. | UMUM | |
ALANBROOKE, LORD | Alanbrooke, Lord(1883–1963), salah seorang pemimpin tentera Great Britain semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia menerima penghormatan khas kerana kepimpinannya semasa pengunduran dari Dunkerque. | UMUM | |
PERBARISAN | Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu. Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk bersuka-suka atau memberi penghormatan. Anggota angkatan tentera sering berkawat pada hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana, peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni dengan pentas bergerak, kumpulan muzik, berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih. | UMUM | |
ALLEY, REWI | Alley, Rewi (1897–1987) ialah penyair New Zealand, menjadi terkenal kerana usahanya dalam koperasi perindustrian di China. Dia diberi penghormatan di sebuah muzium di Wuhan yang didedikasikan kepada pengasas Revolusi Komunis pada tahun 1949. | UMUM | |
AIR TERJUN VICTORIA | Air Terjun Victoria ialah air terjun yang ditemui oleh penjelajah Inggeris, David Livingstone di selatan Afrika pada tahun 1855. David Livingstone menamakan air terjun itu sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria. Air Terjun Victoria terletak di antara Zambia dengan Zimbabwe, kira-kira di pertengahan di antara muara dengan hulu Sungai Zambezi. | UMUM | |
SPARTA | Sparta, juga dikenali sebagai Lacedaemon, ibu negeri Laconia, pada suatu masa dahulu merupakan negara kota yang paling berkuasa di Yunani purba. Sparta masyhur dengan kuasa ketenteraannya dan kesetiaan askarnya. Penghormatan yang paling tinggi bagi seorang penduduk Sparta ialah terkorban semasa mempertahankan negerinya. Ketahanan, kebencian terhadap benda mewah, dan ketegasan yang sukar digoyah, masih disebut dalam perbandingan sebagai sikap atau sifat baik penduduk Spartan. | UMUM | |
SACHS, NELLY | Sachs, Nelly (1891–1970) ialah penyair dan dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman. Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel, Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan penghormatan kepada Sach atas ‘penulisannya yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam menggambarkan nasib Israel dengan amat mengharukan’. Kebanyakan puisinya membicarakan penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang Yahudi selama beratus-ratus tahun. | UMUM | |
SAMANIAT, KERAJAAN | Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.) ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam dan menamakan anaknya Asad, sempena nama Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan kepadanya. | UMUM | |