PENTAS SUNDA | Pentas benua di kawasan laut cetek yang terletak di penghujung selatan Asia Tenggara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
SALAHUDDIN AL-AYYUBI | Pengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M. | AGAMA | Tokoh |
SINAR ULTRAUNGU | Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak betul-betul melepasi penghujung warna ungu kebiruan dalam spektrum cahaya tampak. Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik yang lain di udara juga mengeluarkan sinar ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu boleh menyebabkan selaran matahari. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu juga memusnahkan organisma yang berbahaya dan mempunyai manfaat yang lain. | UMUM | |
SINGA GUNUNG | Singa gunung ialah haiwan liar yang besar daripada keluarga kucing. Ia terdapat di beberapa kawasan di Amerika Utara dan sebahagian besar kawasan di Mexico, Amerika Tengah, dan bahagian selatan hingga ke penghujung Amerika Selatan. | UMUM | |
KOBE | Kobe (pend. 1 410 843) ialah salah satu bandar pelabuhan yang terpenting di Jepun. Ia terletak di pantai selatan Pulau Honshu. Kobe terletak berhampiran penghujung timur Laut Pedalaman. Untuk lokasi, lihat Jepun (peta politik). | UMUM | |
DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
AGAMA BAHAI | Agama Bahai, agama yang muncul di zaman moden. Asalnya, ia merupakan salah satu mazhab Syiah di sekitar penghujung abad ke-19. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PERANG KEDAH-SIAM | PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PEMIMPIN WARITA | PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895. Harga langganannya ialah $4.00 setahun. Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun. Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |