PENGHUNI GUA | | UMUM | |
TIMBUNAN BUANGAN | Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan dan sampah-sarap yang lain yang ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan sampah daripada tapak khemah atau kampung yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang mengkaji timbunan buangan ini akan membina kembali kehidupan harian dan adat resam yang berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup sebelum sejarah ditulis. | UMUM | |
ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |
SCOTLAND, SEJARAH | Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir. tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000 S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir. Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan). | UMUM | |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
PULAU MAGNETIC | Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu Sawar Besar dengan pantai Queenslands, Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di pantai yang popular sebagai tempat peranginan dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu manakala yang lainnya menanam dan menjual nanas dan betik. | UMUM | |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
BADWI | Badwi ialah golongan pengembara dan penghuni padang pasir di Timur Tengah seperti Semenanjung Arab, Iraq, Syria dan Jordan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
BAJAU | BAJAU, suku bangsa yang dikenal sebagai ‘anak laut’ di Filipina atau ‘pengembara laut yang berpindah-randah’. Kadangkala mereka disebut sebagai ‘penghuni perahu’. Di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, mereka dikenal sebagai Orang Laut. Di Singapura pula, mereka dikenal sebagai Orang Selitar. Di Sulawesi, mereka dikenal sebagai Orang Bajaui, manakala di Sabah mereka disebut sebagai Orang Bajau atau Samah. | BUDAYA | Konsep |
RASI | RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya. Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan. | BUDAYA | Konsep |